Monday, November 2, 2009

Hiburan Vs Keperluan

Pic takken from http://benny008.typepad.com


Salam,

Setelah sekian lama aku tak update blog. Kali ni terdapat isu yg aku ingin berkongsi dengan pembaca2 sekalian. Pasal hiburan dan juga keperluan yg berlaku seharian di sekeliling kita. Aku sendiri pun banyak aktiviti2 berunsur hiburan, tp setakat skarang ni takda yg melampaui keperluan aku. harap renungkan dengan minda terbuka dan ilmu didada. Bismillah.


Ada kenderaan tp tak guna sebaik-baiknya.
Sepatutnya guna kenderaan pegi kelas kerja dan sebagainya terlebih dahulu. Tapi guna untuk kuar makan angin je lebih sampai tak tepikir pun mak ayah bagi kenderaan utk keperluan. Tak salah klau nak kuar jalan2 ngn awek/pakwe masing2 tapi utamakan yang mana lebih penting


Ada duit tapi berbelanja lebih ke arah hiburan ja.
Duit datang dari mak ayah dan juga pinjaman dan gaji kpd sesiapa yg dah bekerja. Sepatutnya guna sewajarnya demi kebaikan diri sendiri dan org lain. Ni beli prepaid seminggu lebih dari RM20 sbb nak gayut/sms ngn awek, tapi sewa umah, yuran belajar dan bil2 lain takleh bayar atas alasan takde duit. Musykil betul ngn alasan typical. Klau bab nak enjoy, leh ja abiskn duit ratus2 tp takleh nak bayar zakat dan sebagainya. Ada yg leh blanja awek tiap2 hari tp takleh nak pinjamkn duit kat kawan yg kesempitan duit. Tak salah nak gunakan duit utk berhibur, tp berpada-pada la.


Ada masa lapang tapi tak hargai.
Dalam satu hari ada 24jam, tp jgn la gunakan sepenuhnya untuk hiburan smpai lalai menjalankan tangggungjawab dunia dan akhirat. Klau boleh keluar dating sampai berjam-jam, boleh gi lepak dengan kawan2, boleh main games berjam-jam, boleh menghadap facebook berjam-jam.. tapi takkan takleh nak buat kerja sebagai seorang pelajar walaupun sejam sehari. Bila kerja tak siap, kena marah dengan lecturer atau bos pastu bagi alasan tak sempat buat sbb susah. Susah klau dan cuba, susah klau tak usaha dan susah kerana malas. Aku pun suka enjoy gak, suka main games gak, gi dating gak, malas gak...tapi leh gak paksakan diri siapkan tugasan yg diberikan walaupun kadang2 rasa mcm bosan ja buat kerja tu. Tp kita hidup bukan untuk hiburan ja kan?



Ada ramai kawan tapi hanya guna untuk enjoy ja.
Kita tentunya mempunyai ramai kawan di tempat kerja, di kelas dan sebagainya. Mesti ada salah sorang yg boleh kita harapkan untuk tolong kita selesaikan kerja dan sebagainya. Itu la tujuan kawan2 sebenarnya. Bukan hanya diperlukan masa nak main futsal, nak gi tengok wayang, nak mintak tolong dan nak pinjam duit. Aku percaya ramai kawan yg sanggup beri bantuan mcm kongsikan ilmu, pinjamkn duit dan bersusah kerana kita demi kebaikan kita. Ramai kawan itu bagus tp ramaikan kawan yg tidak merugikan kita.




Harap2 apa yg aku tulis ini tidak di pandang sebagai sindiran kepada sesetengah pihak. Tepuk dada tanya selera. Sama2 muhasabah diri.