Wednesday, April 29, 2009

Wartawan hiburan.. Pembaca sekalian

Entry kali ni aku amik dr blog kawan aku iaitu Azmeer. Beliau adalah salah seorang rakan yg aku selalu berkongsi dan mintak pendapat dan selalu jugak aku mintak nasihat dari beliau jika menghadapi sebarang kesusahan. Sila renung-renungkan isi entry beliau.


_____________________________________________________________________

akhir-akhir ini, kita amat selalu disumbat atau disogokkan dengan gosip, kontroversi dan cerita-cerita berkaitan hiburan. Kebiasaannya, material ataupun isi nya boleh dilabel sebagai "kelas" bawah.

sekadar mengambil beberapa contoh:

1. wartawan lebih suka utk pertikaikan/mengkontroversikan isu faizal tahir yang mengecat hitam kukunya pada malam final anugerah juara lagu 08 dari bertanyakan/berkongsi tentang muzik, lagu dan kemenangan beliau pada malam itu.

2.wartawan mengatakan yang Edrie Hashim tidak serius semasa audition AF kerana asyik menguyah "chewing gum" ketika peserta membuat persembahan. Jawapan sinis Edrie ketika ditanya mengenai perkara itu, "apa masalahnya, saya menilai persembahan peserta menggunakan telinga dan mata, bukannya mulut!" -ujibakat AF

3. kes kucing Fasha sandha hilang pun boleh keluar di akhbar.

4. Asal indie/ug band, soalan yang xkan lekang ditanya dari wartawan ialah berkaitan dadah dan imej negatif.

5. Kalau dah artis tu favourite wartawan, cerita pasal dia baiki gigi pun boleh kuar sampai dua pages kat mag atau paper, tapi kalau bukan favourite, buatlah perkembangan apa pun, nak dapat half page pun susah, kritik lagi ada.

Dan byk lagi kontroversi ataupun cerita2 murahan yg disensasikan oleh mereka2 ini.

...
bukan menjadi bias,
dan bukan mahu mengkritik,
tetapi pada pandangan aku, di zaman yang serba canggih ini, zaman dimana kita sepatutnya
menjadi lebih bijak dan amat terbuka, isu-isu murah dan remeh ini sebenarnya mengundurkan kita atau dunia hiburan Malaysia ke belakang.

Salah siapakah ini, wartawan atau pembaca?

wartawan adalah manusia,
sebagai manusia kita takkan dapat lari dari bersikap bias atau berat sebelah,
namun sebagai wartawan yang betul2 professional,
sikap bias, atau" favouritism" sepatutnya telah lama dapat dibuang jauh2.

etika kewartawanan pula mewajibkan wartawan menghormati hak, privasi dan keputusan orang yang ditemuramah. Jadi, amat menjelikkan apabila menonton Melodi di tv3(sebagai contoh), terutamanya dalam segment "terjah" dimana wartawannya adalah Naz dan Michelle yang tak habis2 mengasak dan terus mendesak utk mendapatkn jawapan dari yang ditemuramah. Menambahkan jelik, apabila ianya dibuat dengan cara yang amatlah tidak professional.

Kita sebagai pembaca atau penonton "wayang propanganda" ini juga harus memainkan peranan.
Kita sepatutnya tidak lagi suka utk membaca/menonton/menyokong propanganda berkelas murahan dan isu2 remeh ini lagi. Sokongan kita terhadap perbuatan mereka ini akan menyebabkan wartawan amat suka dan teruja utk terus mengali kontroversi2 bawahan ini.

Permasalahannya adalah apabila kita rakyat malaysia sendiri sebenarnya amat suka dan gemar kepada perkara2 yang boleh dikelasifikasikan sebagai bodoh ini. Ramai yang sebenarnya tak peduli pun tentang muzik, lakonan, bakat dan keupayaan seseorang artis atau band tetapi lebih suka untuk mengetahui tentang gosip dan cerita peribadi mereka.

bab artis kahwin,
clubbing
rokok
couple
cerai

adalah topik-topik yang paling digemari utk diketahui berbanding sumbangan dan pencapaian mereka itu sendiri.

Hmmm...
mundur....

apa yang boleh aku katakan,
marilah kita maju,
baca bahan2 yang sensasi, bernas dan membina,
bukannya yang disensasikan dan menggula-gulakan kita,.
Didiklah minda, diri dan jiwa kita untuk jadi matang, bijak dan terbuka.

kepada yang tak mahu berubah,
biarkan mereka untuk terus orthodox dan typical...
____________________________________________________________________
credit to : Azmeer Sadqi
url: http://merqsview.blogspot.com

Monday, April 20, 2009

Selamat Pagi Gadis unplugged at REMAJA





Erm..kali ni SPG diketengahkan oleh pihak media TV3 dalam rancangan REMAJA. Tahniah kepada teman2 SPG yg sanggup pergi shooting kat TV3 7 April lepas. Sorry sbb aku takleh join korang atas sebab2 mengejar impian di menara gading. Anyway, best gak layan lagu Waktu Indah Dahulu unplugged version. Aku pun tak pnah tebayang lagu tu akan jadi daring camni. Or Taty yg saja buat bg nampak daring (taty mmg terer bab daring2 ni) . Tak kisah la ape2 pun, janji SPG dah maju setapak demi setapak dlm industri muzik Malaysia. Walaupun banyak dugaan, kutukan,kejian dan kritikan yg telah kami terima, kami masih 'kami'. We play music coz we love music. And we support all local music scene. Kepada mereka yg suka jatuhkn band2 lain, judge your self first. Klau btul you guys love music, help us to make it better not make it bitter. Kami terima kritikan membina... "dari yg terbaik utk terbaik"


Anyway, thanks to TV3 sbb bg peluang kpd SPG utk perform kat REMAJA. Tak lupa juga kepada tepat yg sudi meluangkn masa jadi sessionist. Kepada Taty,Apit n Afiq...this is just a begining. But got lots of time to learn, so keep on rocking guys. Luv & miss u guys.

Saturday, April 4, 2009

My "Emotion Through Music"

Post kali ni aku nak share lagu2 yg aku slalu dengar dari aku start gile layan music ni la..
Klau nak kirakn smua lagu mmg banyak gile babeng la. So aku just share je nama2 band yg slalu aku dengar. Aku start addict to music masa skolah menengah sbb masa tu mmg trend gile music kat skolah. Ada yg layan punk,grunge,rock, jiwang lentok abih dan banyak sangat la.

Ni first band yg aku dengar pastu terus addict ngn Nirvana fundamental. Band ni mmg lagend gile la. Aku dengar sbb music best n energetic. Satu lg aku minat sbb vokal band ni Kurt Cobain mmg unik. Mostly dia buat lagu pasal diri die dan die ni spesis "being me" mcm aku gak kot,hahaha. tp die mati secara misteri lak..rugi betul die mati muda2. masa ni aku duk layan grunge je..

Pastu aku lyn Butterfinggers lak sbb diorg ni pun ala2 nirvana gak.. emmet masa tu mmg dah mcm cobain. tp skrang pun aku still lyn band ni tp diorg ni dah jd profesional in music smpai dah buat experiment pelik2 dlm music. ni la local band yg aku paling suka dulu.

Bloodymary

Flossy

Lepas tu aku mule dengar banyak local band sbb time ni mmg aku duk follow kawan2 aku gi layan gigs. antara local band yg aku mula2 dengar ialah Bloodymary, Flossy, Sizuka,Private Whizz dan kebanyakan lg dari Ipoh scene la sbb masa ni bodysurf mmg femes. Aku pun dah lupe dah band ape lg. Pastu mula la duk cari lagu2 yg lebih kurang camni gak smpai lama2 dah explore ke punkrock n rapcore.


Blink182

LimbBizkit

Dlm form 4 aku duk gile dengar Blink182, dan pada masa ni la aku start blaja main drum. Aku blaja sendiri je main drum. tu smpai skarang tak terer2 lg, tp klau ada peluang aku nak blaja ngn Bakri yg skarang jd drummer MUH. Pastu layan LimbBizkit lak, mmg rolling abih kpale otak aku ngn band tu. mmg best sangat masa tu duk layan LimbBizkit smpai gunting gmbar band ni buat keychain letak kat beg skolah. Tp time ni gi jamming takleh main lg lg diorg sbb susah lg..jamm lagu NIrvana ngn Butterfinggers je la, tu pun tak perfect,hahaaa


The Used

Yellow Card

My Chemical Romance

Story Of The Year

Finch

Dlm meningkat remaja ni at that time, aku banyak dengar lagu2 yg leh dikatakn rancak n ganas gak la. Aku dah start layan emo punk lak lepas tu mcm Yellow Card ngn My Chemical Romance. Masa tu band2 ni tak masuk malaysia lg tp kawan aku yg rekemenkn suruh dengar. Mmg aku jatuh cinta abih ngn band2 ni. Masa duk sibuk SPM tahun 2002 kot tp aku duk gila emo punk..kononnya stylo la.Aku suka Yellow Card sbb ada violin dlm band ni, mmg touching gile la. banyak lg band emo yg aku dengar mcm Soasin, Underoath, Finch,The Used dan yg aku paling minat skali Story Of the Year. mostly aku dengar sbb kwn2 aku yg promote, klau nak harap aku cari sndiri mmg susah la sbb dulu umh aku takde internet. At the same time, aku giat upgrade skill drumming aku, sbb nak main lagu band2 ni la..mmg susah sangat2. kawan2 aku duk kutuk je aku ni main drumm sbb asyik salah je. Gile pe main out beat lagu emo ni, ingat senang ke.skarang pun main tak perfect lg.

Bile dah lama sangat duk addict music ni aku mule paham klau nak jd bagus dlm music, kite mesti dengar semua jenis music. skarang ni mmg aku dengar mcm2 jenis music mcm jazz,blues, fusion,garage, retro, electro and many more. tp aku dr dulu smpai skarang aku takleh dengar lagu yg jiwang tangkap leleh ni, taktau la nape. mmg btul2 tak suke dengar la.

Malas lak aku nak letak gmbar2 band yg aku dengar . So kpd sesape yg berminat die leh cari sendiri la. aku letak je name band kat bawah ni. aku ngntuk dah ni..aiiihhhhhh .ni nama band2 tu:
  1. Love Me Butch (local)
  2. Meet Uncle Hussain (local)
  3. Disagree (local)
  4. Naked Breed (local)
  5. Hujan (local)
  6. Otherside Ochestre (local)
  7. Pop Shuvit (local)
  8. One Buck Shot (local)
  9. Yuna (local)
  10. Estrella (local)
  11. Boys like Girl (international)
  12. The Calling (international)
  13. Beyonce (international)
  14. Toe (international)
  15. Explosion in the Sky (international)
  16. Paramore (international)
  17. Everdae (international)
  18. Dewa (Indon)
  19. Padi (Indon)
  20. Samsons (Indon)
banyak lagi band aku tak letak kat sini sbb aku dah takleh pkir dah, tlampau ngntuk dah ni. Klau nak tau, korang leh copy dr hardisk aku ni. Senang cite.. hahahaaa

Chow...


How Hard Being Me

Setiap insan dilahirkn dengan kelebihan masing2 tapi tak semua org nampak kelebihan yg ada pada diri kita. Tp aku adalah aku, kamu adalah kamu. Itu hakikat yg harus diterima smua individu. Takda yg sempurna tp mencari kesempurnaan adalah sesuatu kewajiban kita. Klau tak, smua org masih dengan ayat "cukup makan dah la". Bila kita cuba mencari jalan utk sempurnakan sesuatu, mesti akan ada sedikit hasil walaupun tak sempurna seperti yg kita bayangkan. tp kita tak penah pkir adakah kita sempurna ??

Being yourself, ayat yg selalu kita dengar tp tak ramai yg paham dengan ayat tu pun. Bg aku, lebih baik aku jadi aku daripada aku menjadi kamu. Sbb bila kita cuba jadi org lain, kat situ dah nampak kita tipu diri kita sendiri. Klau dah diri sendiri pun kita tipu, inikan lagi org lain...mmg kena tipu abih2.

Speak the truth even it lead you to death..
ayat ni aku dpt dr filem Kingdom Of Heaven. Dah lama aku tengok crite ni tp dua tiga menjak ni je aku dpt paham ayat tu. Tu pun sbb kene kat batang idung sendiri. Aku slalu gak cakap ngn sape2 straight to the point even nak tegur salah sape2. taktau la knape aku camtu, tp mmg aku akan ckp direct je. Ada yg terima,ada yg sukar terima dan ada yg akan cakap aku ni jahat dan macam2 lg. Setengah org mmg tak suke kite tegur salah dia sbb mayb dia rasa dia sentiasa btul. Aku pun tak slalunya btul tp aku slalu dengar org tegur salah aku, but depend ngn sape yg tegur la. Klau org tu dah mmg tak suka kat kita, smua yg kita buat dia akan kata salah. But its ok la..tu dia punya hal.

Aku mmg aku..
mungkin sbb 'being me' yg buat someone tak suka aku. Seriously, aku tak pandai nak jd hipokrit. taktau la klau korang cakap aku hipokrit gak ke ape. Sbb aku mmg camni pun..kadang2 org cakap aku ni bodek la ape la. Even btul pun aku ni bodek ke ape, I'm still doing my thing. So it better than diorg yg bodek tp tak buat ape2 pun. Dari aku blaja kat Politeknik pun macam tu, yg cakap aku ni bodek adalah yg btul2 kaki bodek. kelakar aku tengok diorg tu, sbb kat poli aku jarang gi jumpe lecturer kat ofis sbb aku slalu tanye dlm kelas je. Tp classmate aku yg slalu ckp aku ni bodek tu, dlm kelas die diam ala2 budak pandai. tp lepas kelas dia akan ke ofis utk jumpa lecturer tu. Ntah la ape yg die buat kat ofis tu, klau nak tanya apa yg tak paham nape tak tanye dlm kelas je kan. Yg lg kelakarnye..skarang pun aku kene mcm tu gak kat UTeM. Spesis bodekers ni mmg banyak kot kat Malaysia ni.

Sampai skarang ade gak ramai yg tak brape suke ngn kehadiran aku... But I'm still being myself. tak kisah pun diorg suke ke tak suke, bukannye aku nak kawin ngn diorg..hahaha. Tp funny thing about me, aku lyn je diorng2 ni mcm takde ape2. korang nak kutuk ke, nak fitnah ke, nak ape2 ke, aku ttp leh jadi Azizi yg happy. menjadi tuntutan dlm islam "buat baik sesama manusia", so aku dgn sape2 pun aku layan je. ko buat salah, aku tegur..aku buat salah ko tegur la balik. tp jgn la ckp blakang2(padahal rmai dah yg brani ckp blakang je)..

Anyway...aku tak penah nak kecik ati pun.. sbb arwah atuk aku slalu ckp "klau org tak suka hang,tu mesti sbb cemburu kat hang". hahaha..rindu lak kat tokwan(time ni sebak gak tringat kat tokwan). Aku ingat ape yg die cakap smpai skarang utk keep my life on track. Start aku blaja ipta, mmg aku jarang balik jumpe tokwan dah, last aku jumpe die masa pilihanraya short sem lepas. dia siap buat lawak lg ngn aku lepas dia tanya aku "bila lg nak mai tengok tokwan?". Aku gurau la ckap "raya la mai tengok tokwan, leh bwk kuih kat tokwan". dia jawab ngn spontan "klau ang mai raya ni, ang bwk kain kapan ja la sbb tokwan dah takdak masa tu"(mata start berair). tu yg smpai skarang aku rasa sedih sbb mmg betul pun dia meninggal 2hari sblum bulan Ramadhan. dah la aku tak jumpa dia nak dekat setahun sbb blaja kat sini(time ni dah nangis skit,skit ja pun). Tp dia ttp idol aku la..(sedekah al-Fatihah utk tokwan).


Balik kpd ayat atuk aku pesan tu .."klau org tak suka hang,tu mesti sbb cemburu kat hang". aku duk pkir gak nape org tak suke aku. taktau bilangan sbenar, taktau la ramai ke skit ke. Mayb rumus Matematik Kejuruteraan II leh bantu aku kira nilai sebenar org2 yg tak suka aku. hahahaaaa. Alaa..klau korang kene mcm aku kene ni pun, korang pkir je yg org yg tak suke korang tu jeles kat korang. senang crite. Klau mcm aku, aku pkir je yg aku ade lebih dr ape yg org lain ade mcm aku ade ramai kawan2 lain yg best, aku ade kete, aku terer main drum, aku ada band, aku ensem, aku macho, aku suci bak kata Jazy dan mcm(bukan utk riak dan takbur tp utk memotivasikn diri). Korang leh try buat mcm aku buat.trust me, it work. korang takkan rasa kecik ati punye laaaa...hahahaaa

Judge my work not my words
ni la yg aku guna utk nilai someone and i hope someone do the same thing before judging others.

Sunday, March 22, 2009

Emotion Through Music

Post kali ni saje aku nak promote band aku. Sbb klau malu nak promote sampai bile pun takde sape2 tau. Band aku ni tak la femes mcm New Boys tu. Maybe line-up kitorg tak lah jambu2 mcm tomok tu(jambu ke tomok tu?). So, Selamat Pagi Gadis(SPG) adalah band aku yg telah ditubuhkn secara tak sengaja sbb salah sorang line-up band tu kawan lama aku kat Perlis. Nama dia nabil n skarang die duk blaja kat Wales nun jauh kat UK tu. Die tinggalkn beban2 band SPG kat bahu aku yg cute ni. Susah wooo nak handle band walaupun best gi perform sana sini. Dah la aku ni duk blaja kat UTeM yg cute ni. Tapi sbb minat sangat ngn music, aku tabahkn hati dan kentalkn minda mengharungi onar2 kehidupan sbagai anak seni.

Ni gambar band aku...Klik utk besarkn image

Klik utk besarkn image

Kitorg baru je buat band last year dlm bulan 6 tu kot. Tp alhamdulillah la sbb dapat nice feedback dr press n fan. Kitorag kuar dlm paper Kosmo n ROTTW last year walaupun baru je buat band. Thanks to friends gak sbb banyak support and promote kitorg. Stakat skarang ni kire banyak gak gig yg kitorg perform walaupun Nabil ngn Ali duk overseas. Sakarang ni Tepet n Waksam yg jd session utk Nabil n Ali, so kitorg still leh rocking on the stage. Sebut pasal gig ni, last week aku ade perform kat MCPA hall KL. Mmg best gile la perform situ. Crowd supportive gile, dah la ramai sangat2 sampai tiket abih(kat luar ramai lg yg takleh masuk sbb full) . Nak cakap crowd ramai sbb nak tengok band2 lain kire logik gak sbb aritu ade BunkFace, The Times, Couple, Joanna & Co(suke tengok Joanna senyum) , Bintang Batu and banyak lg local band yg best. Tp yg paling bestnye, crowd yg ramai gile ni leh sing along lagu2 SPG smpai jadi riuh rendah kat depan stage tu. Si vokalis aku, Taty tu siap kene tarik lagi ngn crowd. Mmg best la crowd kat MCPA aritu, aku mmg respect kat diorg. Dulu aku pun layan gig macam diorg gak tp masuk free je la sbb kawan2 aku gak yg perform kat gig (Flossy, Hygera, The Otherside Ochestra, Kugiran Malaya, The Vials , n many more).

Klik utk besarkn image



Kalau dipikirkn sewaras-warasnya, band2 tempatan pun best macam international band tp di Malaysia ni susah skit sbb ade limitation utk band2 indie. Tp thanks to Hujan and Meet Uncle Hussain, band2 indie dah semakin menonjol dr artis2 recording studio yg lain. Kira bagus gak utk industri muzik Malaysia sbb ade persaingan sihat. Tp banyak artis kat Malaysia ni, suara tak best sangat tp leh gak femes. Aku pelik dan hairan plak fenomena ni, kalau nak aku sebut, banyak beribu-ribu lemon artis yg spatutnye takleh n tak layak digelar penyanyi kat malaysia ni. sbb diorg menyanyi bukan sbb minat dlm musik tp sbb kejar harta n populariti. Dah la suara tak sedap, dedah sana dedah sini lak. Tp artis2 camni still leh masuk final ABP la AJL la. Pelik btul ngn Malaysia ni kan. Tp sbagai peminat music tanahair, aku bangga gak Malaysia banyak org2 seni music ni macam M. Nasir, Zainal Abidin, Amy Search, Faizal Tahir, Shiela Majid, Jacklyn Victor, Malique n Joe Flizzow dan banyak lagi. Diorg ni nak cakap ader rupe tu tak la hensem n cantik sangat tp bakat diorg tu mmg hebat abih la.
Aku bukannye larang kite dengar music dr luar negara tu sbb aku pun banyak dengar music luar dr music tempatan. Sbb kat luar malaysia ni music dah advance sangat2 dr kite. Tp jgn la kite agung2kn dan bangga2kn music luar lebih dr music kite sendiri.

Welcome to Blogger

Assalamualaikum....

Siap gak blog aku ni. Susah gak nak buat blog tapi pelik la camna Tun Dr Mahathir leh buat blog yg ramai gile visitor. Padahal biase je die punye blog. Tapi content blog chedet.cc tu mmg bagus utk smue makhluk yg bernama Melayu mcm aku ni.

Sebenarnye aku buat blog ni sbb tengok budak2 kelas aku ramai yg dah buat blog. So, as a BITM student, why not i give shot for blogging my self. Walaupun tengah sibuk skit buat PSM. Dah lama tringin nak buat blog ni. Dulu dah buat dah tp dah kene delete sbb tak bayar hosting. Nasib baik ader blogger ni, free and mudah utk setup.

Kenape aku guna nick Bucket Of happiness? bagi aku nak dpt happiness bukan dengan kumpul harta atau pangkat. But for me the meaning of happiness is by having :
  • Religion
  • Family
  • Friends
  • Love (awek,pakwe,suami, isteri)
  • Music
Walaupun banyak masalah yg dtg bertubi2 skarang ni, I still got my Bucket Of happiness to realease it in a good way. Call abah or mama ke (padahal call mintak duit je), kuar lepak ngn kawan ke, kuar dating ke (dah lama tak dating nih), and listen to music. Tak pun tengok raja lawak ke, tengok Amir la lawak (i'm sorry)..huahuahua

So kepada kawan2 yg buat blog(Daus, Azie, As, In, Yani), thanks sbb membuka pintu hati aku utk buat blog ni. Asyik2 aku je bace blog korang, dah la tak paham ape yg korang merepek dlm blog tu. But thanks anyway.