Entry kali ni aku amik dr blog kawan aku iaitu Azmeer. Beliau adalah salah seorang rakan yg aku selalu berkongsi dan mintak pendapat dan selalu jugak aku mintak nasihat dari beliau jika menghadapi sebarang kesusahan. Sila renung-renungkan isi entry beliau.
_____________________________________________________________________
akhir-akhir ini, kita amat selalu disumbat atau disogokkan dengan gosip, kontroversi dan cerita-cerita berkaitan hiburan. Kebiasaannya, material ataupun isi nya boleh dilabel sebagai "kelas" bawah.
sekadar mengambil beberapa contoh:
1. wartawan lebih suka utk pertikaikan/mengkontroversikan isu faizal tahir yang mengecat hitam kukunya pada malam final anugerah juara lagu 08 dari bertanyakan/berkongsi tentang muzik, lagu dan kemenangan beliau pada malam itu.
2.wartawan mengatakan yang Edrie Hashim tidak serius semasa audition AF kerana asyik menguyah "chewing gum" ketika peserta membuat persembahan. Jawapan sinis Edrie ketika ditanya mengenai perkara itu, "apa masalahnya, saya menilai persembahan peserta menggunakan telinga dan mata, bukannya mulut!" -ujibakat AF
3. kes kucing Fasha sandha hilang pun boleh keluar di akhbar.
4. Asal indie/ug band, soalan yang xkan lekang ditanya dari wartawan ialah berkaitan dadah dan imej negatif.
5. Kalau dah artis tu favourite wartawan, cerita pasal dia baiki gigi pun boleh kuar sampai dua pages kat mag atau paper, tapi kalau bukan favourite, buatlah perkembangan apa pun, nak dapat half page pun susah, kritik lagi ada.
Dan byk lagi kontroversi ataupun cerita2 murahan yg disensasikan oleh mereka2 ini.
...
bukan menjadi bias,
dan bukan mahu mengkritik,
tetapi pada pandangan aku, di zaman yang serba canggih ini, zaman dimana kita sepatutnya
menjadi lebih bijak dan amat terbuka, isu-isu murah dan remeh ini sebenarnya mengundurkan kita atau dunia hiburan Malaysia ke belakang.
Salah siapakah ini, wartawan atau pembaca?
wartawan adalah manusia,
sebagai manusia kita takkan dapat lari dari bersikap bias atau berat sebelah,
namun sebagai wartawan yang betul2 professional,
sikap bias, atau" favouritism" sepatutnya telah lama dapat dibuang jauh2.
etika kewartawanan pula mewajibkan wartawan menghormati hak, privasi dan keputusan orang yang ditemuramah. Jadi, amat menjelikkan apabila menonton Melodi di tv3(sebagai contoh), terutamanya dalam segment "terjah" dimana wartawannya adalah Naz dan Michelle yang tak habis2 mengasak dan terus mendesak utk mendapatkn jawapan dari yang ditemuramah. Menambahkan jelik, apabila ianya dibuat dengan cara yang amatlah tidak professional.
Kita sebagai pembaca atau penonton "wayang propanganda" ini juga harus memainkan peranan.
Kita sepatutnya tidak lagi suka utk membaca/menonton/menyokong propanganda berkelas murahan dan isu2 remeh ini lagi. Sokongan kita terhadap perbuatan mereka ini akan menyebabkan wartawan amat suka dan teruja utk terus mengali kontroversi2 bawahan ini.
Permasalahannya adalah apabila kita rakyat malaysia sendiri sebenarnya amat suka dan gemar kepada perkara2 yang boleh dikelasifikasikan sebagai bodoh ini. Ramai yang sebenarnya tak peduli pun tentang muzik, lakonan, bakat dan keupayaan seseorang artis atau band tetapi lebih suka untuk mengetahui tentang gosip dan cerita peribadi mereka.
bab artis kahwin,
clubbing
rokok
couple
cerai
adalah topik-topik yang paling digemari utk diketahui berbanding sumbangan dan pencapaian mereka itu sendiri.
Hmmm...
mundur....
apa yang boleh aku katakan,
marilah kita maju,
baca bahan2 yang sensasi, bernas dan membina,
bukannya yang disensasikan dan menggula-gulakan kita,.
Didiklah minda, diri dan jiwa kita untuk jadi matang, bijak dan terbuka.
kepada yang tak mahu berubah,
biarkan mereka untuk terus orthodox dan typical...
____________________________________________________________________
credit to : Azmeer Sadqi
url: http://merqsview.blogspot.com